NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Skuad bola jaring pertahan gelaran Remaja Asia

Skuad bola jaring remaja negara terus cemerlang apabila berjaya mempertahankan makhkota kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2023. - Foto ihsan MALAYSIANETBALL FC


KUALA LUMPUR: Skuad bola jaring remaja negara terus cemerlang apabila berjaya mempertahankan makhkota kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2023 di Jeonju, Korea Selatan, hari ini. 

Kejayaan itu hadir selepas skuad, kendalian Aminah Asaari, mengetepikan Singapura 49-45 pada aksi final, sekali gus menyaksikan pasukan remaja kebangsaan menempah slot beraksi di Kejohanan Remaja Dunia 2025 yang akan berlangsung di Gibralta, Sepanyol.

Turut meraih tiket bersama Malaysia ke Piala Dunia 2025 mewakili benua Asia itu adalah Singapura dan Sri Lanka yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga pada kejohanan tersebut. 

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada skuad bola jaring remaja negara atas kejayaan terbabit.

"Pasukan bola jaring kebangsaan menang Juara Kejohanan Remaja Asia 2023 di Korea!!! Well done girls #DemiMalaysia," kata Hannah menerusi ciapan di laman rasmi Twitternya, hari ini. 

Semalam, Malaysia berjaya menempah slot ke final selepas menundukkan Sri Lanka dengan keputusan 77-36 di peringkat separuh akhir.

Sebelum ini, Malaysia muncul juara edisi 2019 apabila menewaskan Singapura 57-48 pada aksi final di Kashima, Jepun. 

Bagaimanapun, skuad negara terlepas peluang untuk beraksi di Piala Dunia 2021 di Fiji susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Malaysia pernah memenangi Kejohanan Remaja Asia itu sebanyak lima kali berturut-turut pada 2004, 2006, 2008, 2010 dan 2013 manakala pada 2015 dan 2017, skuad negara muncul naib juara. - BERNAMA




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo