Skandal kapal tempur pesisir (LCS) wajar dibangkitkan walaupun kerajaan campuran sudah dibentuk bersama-sama dengan UMNO-Barisan Nasional (BN), kata Hassan Abdul Karim.
Ahli Parlimen ( MP) Pasir Gudang itu senada dengan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membangkitkan skandal LCS walaupun menerima kritikan pemimpin parti dalam kerajaan campuran ketika ini.
“Saya sokong kenyataan dibuat oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq supaya jangan bisu dan pekak dengan isu yang selama ini pernah diperjuangkan seperti isu skandal LCS.
“Bila sudah bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, jangan terlalu mudah untuk sapu semua masalah di bawah karpet. Sepatutnya apa isu berkaitan salah laku antara seperti penyelewengan yang membabitkan berbilion wang mesti dipegang kuat atau konsisten.
“Ini tidak, saya lihat kita terlalu cepat ‘move on’ kerana sudah berada bersama dalam Kerajaan Perpaduan. Ini tidak betul kerana kita selamanya kena pegang prinsip perjuangan, ” katanya dipetik laporan BH hari ini.
Hassan juga mengakui beliau risau dengan sikap pemimpin yang sebelum ini lantang sewaktu menjadi pembangkang sekarang mula membisu dan pekak dengan isu yang pernah mereka perjuangkan sebelum ini.
Meskipun masing-masing sudah menjadi kerajaan, beliau berkata jangan terlalu cepat untuk melupakan atau ‘move on’ dengan perjuangan lalu kerana sudah menjalinkan kerjasama dengan seteru lama, BN membentuk kerajaan campuran.
Kelmarin, Syed Saddiq yang juga MP Muar berkata tidak gentar bahkan akan terus lantang bersuara berhubung isu skandal pembinaan LCS walaupun beliau dihujani ugutan.
Terdahulu, Syed Saddiq dibidas Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ahad lalu yang didakwa mengalihkan tiang gol terhadap isu sebenar penolakan usul mengenai isu LCS.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment