NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sengketa Kahwin Paksa (UMDAP)

SENGKETA KAHWIN PAKSA (UMDAP)

Belum pun selesai dengan isu Lokman Adam yang cuba membunuh Barisan Nasional (BN) dengan menyelar MIC/MCA sebagai biawak hidup. 

Kini, di saat TPM UMNO sedang bercuti tanpa pengetahuan PMX, hubungan kahwin paksa UMDAP kini sedang retak menanti belah.

Pemimpin-pemimpin senior UMNO yang akalnya masih waras telah mengingatkan akan perkara ini, namun Presiden dan balacinya mencipta 1001 naratif demi menghalalkan UMDAP.

DAP yang tidak bermuka-muka (Mat Hassan Tim.Pres UMNO) melalui penasihat dasar SUA DAP terang dan jelas mengatakan UMNO/BN KORUP.

Kasihan, UMNO yang terhegeh-hegeh menyucikan DAP diludah tepat dimuka bahkan tanpa ehsan oleh DAP yang mereka jilat saban hari. Entah, seperti apa pula lenggok Mat Maslan bersilat lidah selepas ini.

Isham Jalil dan angkatan beliau telah bersuara, namun dijangka suara mereka akan senyap apabila Zahid mengeluarkan kenyataan kelak. Bahkan mungkin UMNO yang akan meminta maaf.

Belum lagi berbicara soal pembahagian kerusi yang belum selesai sepenuhnya dan pembahagian kerusi yang sedikit untuk UMNO/BN tandingi.

Kesemua kecelaruan ini menghimpit UMNO menjelang PRN 6 Negeri. "King maker" sedang dipermainkan atau UMNO sedang dikorbankan ?.

Angkara Zahid Hamidi dan pergerakan sulit beliau, segalanya kini caca merba dan UMNO benar-benar menanti rebah.

Follow Penulis Bangsa

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo