NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Senator MIC umum letak jawatan dan keluar parti, tak tahan sekatan



Seorang Senator dari MIC, Datuk Sivaraj Chandran mengumumkan peletakan jawatannya serta mengisytiharkan keluar parti itu.

Keputusan Sivaraj keluar parti itu dibuat susulan terdapat sekatan yang dikenakan MIC terhadap dirinya dan mahu menjalankan tugas sebagai seorang Ahli Dewan Negara tanpa sebarang halangan.

“Lebih baik saya keluar parti demi menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara tanpa sebarang halangan atau sekatan daripada mana-mana pihak terutamanya kepimpinan MIC.

“Beberapa peristiwa berlaku di bawah pentadbiran Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran membuatkan saya membuat keputusan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata, keputusan diambil memandangkan ada pihak yang menganggap dirinya sebagai ancaman dalam parti.

“Lebih buruk lagi, saya disekat dengan pelbagai cara daripada menerusian khidmat bakti saya kepada masyarakat dan negara. Jika perkara ini terus berpanjangan, kemungkinan ia mendorong kepada perpecahan dalam kalangan ahli parti.

“Sejujurnya, saya tidak mahu menjadi punca parti ini terus berpecah akibat perbezaan pandandan dan pendekatan,” katanya lagi.

Untuk rekod, sejak menyertai MIC hampir 20 tahun lalu, Sivaraj memegang beberapa jawatan penting seperti Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Naib Presiden, calon pilihan raya dan ahli Parlimen.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo