Muhammad Sanusi (tengah) pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman pada Rabu. |
ALOR SETAR - Senarai calon Pas Kedah sudah dihantar ke Majlis Syura Pas untuk penilaian sebelum dimuktamadkan menjelang pilihan raya negeri (PRN).
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kesemua nama yang diserahkan itu akan dibuat tapisan oleh Majlis Syura agar calon boleh menang dapat diketengahkan.
Menurutnya, Pas negeri hanya membuat tapisan awal menerusi ‘bank calon’ dengan menamakan empat atau tiga nama di sesebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Majlis Syura akan teliti senarai, banyaklah nama sebab mereka adalah tapisan dalam bank calon Pas. Di setiap DUN, mungkin hantar empat hingga tiga nama.
"Majlis Syura akan putuskan siapa yang akan bertanding kelak,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco terakhir sebelum pembubaran DUN Kedah, di Wisma Darul Aman pada Rabu.
Ditanya sama ada kesemua calon disenaraikan memenuhi kriteria dan layak diangkat sebagai calon PRN, Muhammad Sanusi bagaimanapun tidak pasti sama ada terdapat nama yang tidak diluluskan Majlis Syura.
“Saya tak tahu sama ada setakat ni semua layak atau tidak. Majlis Syura yang buat keputusan. Mungkin saya pun tak layak (daripada penilaian Majlis Syura),” katanya lagi.
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu memaklumkan, terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sedia ada yang menarik diri dan tidak akan bertanding dalam PRN kali ini.
“Ada daripada ADUN Pas nyatakan hasrat tak mahu bertanding. Orang Pas ni tawaduk, mereka tak tawar diri, kalau tidak dipilih tidak datang beban.
“Ada juga calon Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang sudah jadi ahli Parlimen tak mahu bertanding DUN lagi, termasuk Pas. Mereka mahu beri peluang kepada orang lain,” katanya.
Menurutnya, apa jua keputusan tertakluk pada Majlis Syura, sekiranya diarahkan untuk bertanding calon berkenaan perlu menerima tanggungjawab itu.
“Keputusan untuk dicalonkan bukan pada batang tubuh tetapi keputusan parti. Kalau parti minta individu itu bertanding, dia perlu terima.
"Ada kemungkinan parti arahkan dan ia satu kewajipan untuk individu tersebut, termasuklah orang yang tak mahu bertanding lagi,” jelasnya.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment