NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selangor ‘hotspot’ denggi



KUALA LUMPUR – Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan antara 28 Mei hingga 3 Jun menurun kepada 2,455 kes berbanding 2,638 kes pada minggu sebelumnya dengan tiga kes kematian.

Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan pada tempoh itu sebanyak 48,712 kes berbanding 18,883 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 29,829 (158.0%).

Manakala sejumlah 34 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 12 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, bilangan lokaliti hotspot pada minggu ini meningkat berbanding minggu sebelumnya dengan sebanyak 82 lokaliti hotspot dilaporkan berbanding 72 lokaliti dengan 62 lokaliti berada di Selangor, di Pulau Pinang (9), Kuala Lumpur dan Putrajaya (5), Sabah (4) dan masing-masing satu di Kedah dan Perak.

Bagi survelan chikungunya sebanyak satu kes telah direkodkan pada tempoh itu dengan satu kes dari Selangor.

Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 135 kes.

Manakala bagi kes zika, sebanyak 1,163 sampel darah dan 57 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.

Muhammad Radzi menambah, analisa kematian akibat komplikasi denggi bagi tempoh tiga tahun iaitu 2020 hingga 2022, sebahagian besar pesakit mengalami penyakit kronik seperti darah tinggi/ hipertensi (27%), kencing manis/ diabetes (23%), obesiti (23%), hiperlipidemia (8%), penyakit jantung (7%) dan penyakit buah pinggang (6%).

Ini menunjukkan pesakit denggi dengan penyakit kronik lebih cenderung kepada komplikasi serius dan kematian.

Sehubungan itu, gejala awal demam denggi seperti demam tinggi secara mengejut disertai sakit belakang mata, sakit kepala, sakit sendi/otot dan pening tidak boleh dipandang ringan terutama pada pesakit dengan penyakit kronik. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo