NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya hanya turuti arahan pemimpin tertinggi Umno, kata Ahmad kepada Tajuddin

Ahmad Maslan berkata kegagalan mengadakan PRU15 awal tahun lepas ‘semasa semangat masih tinggi dan #Bossku masih bebas’, membawa kepada persembahan buruk Umno.



PETALING JAYA: Ahmad Maslan mempertahankan dirinya terhadap tuduhan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman bahawa dirinya gagal berperanan sebagai setiausaha agung parti sebelum ini.

Tajuddin, yang ketika ini digantung keahlian Umno selama selama enam tahun, semalam menuduh Ahmad gagal menasihati presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dengan betul, dan ia menjadi penyebab Umno menunjukkan prestasi buruk pada PRU15.

Dalam catatan di Twitternya, Ahmad berkata presiden Umno itu dinasihati oleh timbalan presiden parti, tiga naib presiden, 21 anggota biro politik parti, serta 56 ahli Majlis Tertinggi.

“Saya pelaksana keputusan Mesyuarat A,B,C. Ada keputusan penting tapi tak dapat dilaksana.

“Contoh PRU15 patut perlu seawal mungkin, sebaiknya selepas PRN Melaka & PRN Johor,” katanya.

Ahmad menambah Umno dan BN tidak akan beraksi dengan teruk sekiranya mereka melakar momentum kemenangan berturut-turut dalam PRN Melaka dan Johor, “sementara semangat masih tinggi, ketika #BossKu masih di luar”.

“Timing” sangat penting dalam politik. Yang lepas jadikan ingatan,” katanya sambil menambah Umno memenangi 21 daripada 28 kerusi di Melaka, pada PRN November 2021, dan 40 daripada 56 kerusi di Johor pada Mac 2022.

Semalam, Tajuddin mendakwa Ahmad, yang kini ahli Majlis Tertinggi Umno, hanya mendengar “orang” tertentu di sekelilingnya, tetapi gagal mempedulikan suara akar umbi.

Tajuddin berkata ramai dalam kalangan ahli akar umbi tidak mahu calon yang dipilih pucuk pimpinan untuk PRU15.

Beliau mendakwa ahli akar umbi memprotes perkara ini, dengan ramai daripada mereka mengundi menentang Umno. “Jadi siapa yang kalah di sini?”

Umno hanya memenangi 26 kerusi Parlimen pada PRU15, menandakan perwakilannya yang paling rendah di Dewan Rakyat.

Tajuddin digantung keahlian selama enam tahun Oktober lalu, selepas disingkirkan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno pada Jun 2022.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo