NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang

Ahli Parlimen Pasir Mas merangkap Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ahmad Fadhli Shaari.


Ahli Parlimen pembangkang memberitahu setelah enam bulan memasuki tahun 2023, mereka masih belum menerima satu sen pun peruntukan daripada kerajaan.

Ahmad Fadhli Shaari, Ahli Parlimen Pasir Mas bercakap kepada Dewan Rakyat hari ini, mereka terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar gaji pekerja di Parlimen masing-masing.

Beliau melahirkan kebimbangan menjadi mangsa penindasan hak asasi manusia sedangkan di dewan itu ahli Parlimen sedang membahaskan Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 2023.

“Suhakam telah memohon peruntukan yang mencukupi bagi aktiviti mereka… saya sokong. Untuk melaksanakan aktiviti Suhakam ini perlu kepada dana daripada pihak kerajaan namun pada masa yang sama sudah tentu sebagai ahli Parlimen kami juga perlukan dana untuk bekerja.

“Jadi kami bimbang, dalam kita nak terbitkan hak asasi manusia, mangsa penindasan hak asasi manusia adalah kami, ahli-ahli parlimen pembangkang yang tidak menerima sebarang dana.

“Nak bayar gaji kerani, pegawai pun kami terpaksa guna duit gaji sendiri. Satu sen pun tidak ada peruntukan daripada kerajaan,” katanya ketika membahaskan laporan itu.

Pada 7 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedia memberikan peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen namun mahu rundingan diadakan terlebih dahulu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Perikatan Nasional kerap mempersoalkan mengenai peruntukan wakil rakyat yang masih belum diterima mereka, berbanding amalan pemberian peruntukan secara adil kepada ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri.

Malah ahli Parlimen kerajaan sebelum ini turut menegur Anwar agar memberikan peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo