NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saman fitnah : Anwar, Sanusi diarah kemuka hujah bertulis

Dalam afidavit jawapan kes saman itu yang difailkan 25 April lalu, Anwar menyatakan permohonan Sanusi bagi menentukan persoalan itu adalah di luar bidang kuasa mahkamah.


Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengemukakan hujahan bertulis sebelum atau pada 26 Julai ini berkait saman fitnah, lapor BH.

Hujahan bertulis berkenaan berhubung bantahan Anwar terhadap permohonan Sanusi supaya Mahkamah Tinggi menentukan persoalan berkaitan pengampunan diraja yang diberikan kepada Ahli Parlimen Tambun itu, lima tahun lalu.

Sanusi juga memohon mahkamah untuk menentukan persoalan undang-undang, sama ada sesuatu pengampunan diberikan Yang di-Pertuan Agong di bawah kuasa yang diperuntukkan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, berupaya mengetepikan sabitan jenayah.

Bantahan itu berkait saman fitnah difailkan Anwar terhadap Sanusi pada 13 Disember tahun lalu berhubung ucapan berbaur fitnah yang mengaitkan Anwari dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’.


Peguam Anwar, Datuk SN Nair berkata mahkamah juga mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan jawapan kepada hujahan bertulis itu selewat-lewatnya pada 9 Ogos ini dan tarikh pengurusan kes lanjut ditetapkan pada 14 Ogos.

Dalam afidavit jawapan kes saman itu yang difailkan 25 April lalu, Anwar menyatakan permohonan Sanusi bagi menentukan persoalan itu adalah di luar bidang kuasa mahkamah.

Menurut Presiden PKR itu, Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Perkara 181, memperuntukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan adalah kuasa yang tetap dan tidak terjejas.

Beliau menegaskan pelbagai kes diputuskan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang mendukung prinsip perundangan itu apabila memutuskan mahkamah tidak boleh mengesahkan apa-apa keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, ia termasuk keputusan untuk memberikannya pengampunan, yang secara langsung membuktikan mahkamah tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk berbuat demikian.

Anwar dalam pernyataan tuntutan melalui saman itu mendakwa kenyataan fitnah berkenaan antaranya membawa maksud beliau mendapat pengampunan melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo