NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi tidak boleh dikritik, Aysraf tegur Puad

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki


Susulan kritikan terbuka pemimpin UMNO terhadap menteri kerajaan campuran, Rafizi Ramli yang merupakan Menteri Ekonomi kelmarin, tindakan disifatkan ‘tembak kaki sendiri’ itu dikatakan tidak menguntungkan pakatan kerajaan hari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sendiri akui partinya perlu mengekang pemimpin mereka daripada menyerang sesama parti dalam kerajaan demi kebaikan semua pihak.

“Ini antara isu yang perlu kami kawal dan uruskan. Tak ada gunanya jika kita terus menyerang antara satu sama lain, ‘tembak kaki sendiri’ untuk menggembirakan masyarakat tertentu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakashi berkata sehingga kini masih belum ada langkah signifikan dilakukan Rafizi.

“Rakyat belum nampak langkah signifikan yang Rafizi buat untuk ekonomi negara.

“Sekurang kurangnya polisi baru ‘ekonomi rakyat’. Mana dia dasar yang lebih baik daripada BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Puad mempersoalkan persiapan Rafizi sebagai menteri dan menyindirnya susulan memiliki banyak formula ketika menjadi pembangkang.

“Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri. Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi Menteri. Bila jadi menteri tidak boleh biasa biasa. Mesti luar biasa.

“Jangan nanti rakyat kata ‘Rafizi turun, ringgit naik’. Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan kabinet. Menteri kena luar biasa untuk pertahankan kerajaan perpaduan,” katanya lagi.

Rafizi baru-baru ini dilaporkan media sebagai berkata menguruskan ekonomi negara perlu dilihat dalam perspektif menyeluruh kerana ia bukannya semata-mata ditentukan oleh nilai mata wang.

Katanya lagi, banyak perkara perlu dilihat termasuk soal pertumbuhan ekonomi, inflasi, kadar kutipan hasil negara dan fiskal defisit.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo