NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pua mulut celupar, kata Ka Siong selepas dilabel ‘pakatan korup’



Lagi pemimpin MCA menyelar kenyataan pemimpin DAP, Tony Pua yang melabel “pakatan korup” terhadap UMNO-Barisan Nasional (BN) semalam.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyelar bekas bekas Setiausaha Publisiti DAP sebagai mulut celupar kerana mengeluarkan kenyataan biadab yang mengguris hati UMNO-BN.

“Saya selar Pua sebagai ‘mulut celupar’,” katanya menurut laporan FMT hari ini.

Ka Siong juga mempersoalkan niat kenyataan Pua semalam dan adakah beliau mengesyorkan Pakatan Harapan (PH) memerintah secara solo sekiranya ia menang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti.

“Bukankah itu bermaksud BN akan dikhianati oleh PH? DAP akan ‘tikam belakang’?” katanya di Facebook.

“Kalau Pua dah mengkritik BN korup, kenapa pula DAP mahukan sokongan BN untuk tubuhkan kerajaan?” soal Ka Siong lagi yang juga naib pengerusi BN.

Beliau turut mengingatkan bahawa beberapa pemimpin DAP merupakan menteri dalam kerajaan perpaduan, yang tertubuh dengan sokongan BN.

Terdahulu, MCA mencabar Setiausaha Agung DAP Anthony Loke memecat Pua yang juga penasihat dasarnya.


Sumber I Agenda Daily 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo