Tiga kerusi gagal mencapai persetujuan dalam rundingan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan UMNO-Barisan Nasional (BN) di Selangor.
Tiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu gagal diselesaikan walaupun sudah cuba berunding antara kedua-dua gabungan politik dalam kerajaan campuran itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
“Ada pertindihan permintaan daripada PH dan BN di kerusi berkenaan.
“Ada pertindihan kedua-dua gabungan (di kerusi berkenaan sedangkan) dan sasaran kami adalah saingan satu-lawan-satu di kerusi berkenaan.
“Kita serahkan rundingan mengenai tiga kerusi berkenaan untuk diputuskan pimpinan peringkat pusat. Mereka perlu selesaikan perkara ini,” katanya dipetik laporan BH hari ini.
Amiruddin terdahulu melancarkan Hari Belia Selangor, hari ini.
Pengerusi PH Selangor itu bagaimanapun tidak menamakan kerusi berkenaan bagi mengelakkan salah faham.
Amirudin mengakui pentingnya perkara itu diselesaikan segera memandangkan tarikh akhir rundingan kerusi adalah pada penghujung bulan ini.
Amirudin sebelum ini berkata gabungan itu telah menyelesaikan 49 daripada 56 kerusi DUN yang akan ditandingi pada pilihan raya negeri akan datang.
Menurunya DUN Selangor terbubar secara automatik pada 25 Jun jika tiada permintaan untuk membubarkannya lebih awal.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment