NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN P.Pinang: PN mampu menang 20 kerusi DUN, kata Muhyiddin



Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang, tidak lama lagi.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut yakin gabungan itu boleh menang kerusi ‘mendekati majoriti’ meski dijangka berdepan saingan sengit.

“Sekarang dah hampir 20 (kerusi) agak ya, agak-agaklah kalau kita nak menang hanya perlu 51%.

“Tinggal satu peratus cari, tak kan tak boleh,” katanya ketika mengadakan pertemuan pada Konvensyen PN Pulau Pinang, lapor FMT.

Sehubungan itu beliau menyeru ahli gabungan bekerja lebih keras untuk memenangi satu lagi kerusi bagi membentuk majoriti mudah di Pulau Pinang.

Katanya, meskipun kemenangan di peringkat negeri tidak mengubah pentadbiran Pusat namun katanya ia akan memudahkan PN mengambil alih Putrajaya pada masa akan datang.

“Kesan dan impak besar daripada kemenangan besar di enam buah negeri akan mempermudah kita mengambil alih kerajaan pusat dalam satu tempoh yang akan datang insya-Allah,” katanya.

Pada majlis sama, Ketua Pemuda PN Pulau Pinang, Zuzalee Ariffin mendedahkan berdasarkan kajian gabungan itu, 55% orang Melayu Pulau Pinang menyokong PN manakala 28% menyokong Barisan Nasional (BN) dan 15% bersama Pakatan Harapan (PH).

Katanya, 93% masyarakat Cina di Pulau Pinang menyokong PH dengan 1% menyokong PN dan 5% menyokong BN.

Masyarakat India juga sebahagian besar bersama PH dengan 84% dengan 12% komuniti itu bersama BN, dan 4% menyokong PN.

“Kita hanya memerlukan sedikit peralihan daripada pengundi Cina dan India untuk menang. Hakikatnya, untuk menang di Pulau Pinang, kita perlu bekerja keras untuk menawan undi Cina,” katanya.

PH menang 37 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2018 dengan BN menang dua dan PAS satu.

Susulan penjajaran politik pada 2020, kedudukan kerusi PH berkurang kepada 33 memandangkan Bersatu meninggalkan PH yang mana dua wakil rakyat PH menyertai Bersatu.

Pada PRU14, Bersatu menang di Bertam, Seberang Jaya, Sungai Acheh, dan Teluk Bahang, di bawah PH bagaimanapun, semua kerusi itu diisytihar kosong susulan penguatkuasaan undang-undang anti-lompat menjadikan PN hanya mempunyai satu kerusi milik PAS di Penaga.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo