NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: PH Selangor tak pandang rendah Azmin, PN

Amirudin Shari berkata PH menang majoriti kerusi parlimen di Selangor, tewaskan Azmin Ali dan PN pada PRU15.


SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) Selangor tidak memandang rendah Perikatan Nasional (PN) yang mempertaruhkan bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali untuk menghadiahkan kemenangan kepadanya pada PRN.

Ketuanya Amirudin Shari berkata pada PRU15 lalu gabungan itu menang 16 daripada 22 kerusi Parlimen, berdepan dengan Azmin dan PN yang ketika itu menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan.

Amirudin turut menewaskan Azmin pada pertembungan di Parlimen Gombak dengan majoriti lebih 12,000 undi.

“Kita tak pandang rendah usaha dan ikhtiar mereka dari semasa ke semasa.

“Usaha Fizikal, aktiviti, sampailah di media sosial, kita pertingkat usaha penerangan kita,” katanya pada sidang media khas sempena lima tahun pentadbiran PH.

Semalam, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin meletakkan harapan besar supaya Azmin memberikan hadiah kemenangan Selangor kepada gabungan itu.

Azmin yang menjadi menteri besar Selangor di antara 2014 hingga 2018 digantikan Amirudin susulan pelantikannya sebagai menteri hal ehwal ekonomi.

Amirudin yakin gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) mampu memenangi sekurang-kurangnya 50 daripada 56 kerusi DUN, berdasarkan prestasi baik kerajaan negeri pimpinannya.

“Dengan strategi betul, tidak mustahil kita boleh mencapai kemenangan lebih berbanding PRU15 pada 2018,” katanya.

Mengulas pertindihan di beberapa kerusi di Selangor, Amiruddin berkata, perkara itu akan diputuskan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Zahid Hamidi.

“Sebab kita ada beberapa kerusi di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu perlu dimuktamadkan, tapi jumlahnya sangat kecil berbanding jumlah kerusi ditandingi,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo