Sanusi Md Nor berkata setiap parti perlu bertanding secara ‘anak jantan’ tanpa guna dana dan harta kerajaan. |
PETALING JAYA: Semua Exco Kedah diarah untuk menyerahkan kenderaan rasmi milik kerajaan negeri selepas pembubaran DUN dijangka 28 Jun depan.
Menteri Besar Sanusi Md Nor berkata mereka tidak boleh menggunakan aset kerajaan itu untuk kempen PRN.
“Saya harap parti lain juga guna kaedah sama, kalau ada lori yang dibeli dengan harta kerajaan maka simpan dahulu,” katanya menurut Berita Harian pada sidang media di Kedah.
Selain Kedah, PRN juga akan diadakan di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu.
Sanusi yang juga pengarah jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) berkata setiap parti perlu bertanding secara ‘anak jantan’ tanpa menggunakan dana dan harta milik kerajaan.
Menurutnya, proses demokrasi yang bermula dari pembubaran DUN sehingga pembentukan kerajaan perlu berjalan lancar tanpa menyalah guna aset kerajaan.
“Saya harap semua parti akan bertanding secara anak jantan, jangan cakap lain, tetapi buat lain,” katanya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment