Poster palsu yang tular di media sosial, bertarikh hari ini, memaparkan gambar Hadi Awang di samping ‘3 amanat buat pejuang Islam’. |
PETALING JAYA: Poster yang tular di media sosial mendakwa Presiden PAS Hadi Awang menyeru umat Islam “membunuh musuh Islam” adalah palsu, kata pembantunya.
Setiausaha akhbar Hadi, Malik Razak memberitahu FMT bahawa poster palsu itu bersifat “fitnah”.
“Kami akan berbincang sama ada akan mengambil tindakan lanjut,” katanya apabila ditanya sama ada parti itu akan membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Poster palsu yang bertarikh hari ini itu memaparkan gambar Hadi di samping tiga mesej bertajuk: “3 amanat buat pejuang Islam”.
Antara “amanat” yang disampaikan dalam poster palsu itu menggesa umat Islam memfitnah dan memutuskan silaturrahim dengan orang lain jika tindakan itu dapat “menumbangkan” musuh Islam.
Dalam wawancara bersama FMT bulan lepas, penganalisis kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Harris Zainul berkata, pihak berkuasa mesti mempertimbangkan dengan serius potensi kecerdasan buatan disalah guna untuk mewujudkan bahan palsu yang “realistik” semasa kempen pilihan raya.
PRN akan diadakan di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu tahun ini.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment