NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis sedang jalankan siasatan anggota TUDM maut di Gemas

KETUA Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab. - Foto Ihsan Polis



TAMPIN: Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sedang melakukan siasatan lanjut kejadian seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kematian pelatih yang sedang menjalani Latihan Bom Grenade itu pada jam 12.45 tengah hari.

"Dalam kejadian ini seorang mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua jurulatih mengalami kecederaan parah.

"Kedua-dua mangsa yang cedera parah diberi rawatan awal di Hospital Tentera Darat Kem Syed Sirajuddin Gemas dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Segamat," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Anuwal berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dengan bantuan daripada pasukan forensik IPK Negeri Sembilan yang turut berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan dan mengenalpasti punca sebenar kejadian.

"Setakat ini siasatan diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR)," katanya. 

Terdahulu, media melaporkan seorang anggota TUDM maut selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, hari ini.

Difahamkan dua jurulatih parah dalam kejadian jam 12 tengah hari ketika mereka menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di tapak latihan kem terbabit.


Sumber I BH Online





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo