NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis panggil pegawai persenda anggota pangkat bawahan dalam video tular



Seorang pegawai wanita yang tular dalam video dilihat mempersenda anggota polis pangkat bawahan ketika menjalankan tugas sudah dipanggil untuk siasatan.

Wanita dalam video tular di media sosial baru-baru ini disahkan seorang pegawai polis.

Terdahulu tular dua video menerusi media sosial memaparkan kejadian pertengkaran antara pegawai polis wanita itu dengan anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dirakam di sebuah kedai makan di Taman Sri Gombak, Batu Caves, 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pegawai wanita itu sudah dikenal pasti dan polis sudah membuka dua kertas siasatan terhadapnya.

“Pegawai wanita yang itu akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 186 kanun yang sama kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menggunakan perkataan yang kurang sopan, aib atau menghina.

“Pihak polis ingin menasihatkan masyarakat untuk tidak menularkan video berkenaan dan memberikan komen-komen yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam serta mengganggu proses siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussein berkata dalam kejadian itu, pegawai terbabit datang ke kedai makan dan memarahi pengadu yang juga orang awam kerana membuat bising di rumah jiran.

“Pegawai wanita itu telah memperkenalkan diri sebagai penjawat awam dengan nada suara yang tinggi dan mengatakan ingin menahan pengadu atas alasan pengadu telah membuat bising.

“Dia kemudian mengugut hendak memukul pengadu dan turut memarahi semua orang yang berada di tempat kejadian selain mempersenda anggota pangkat rendah polis dan tidak memberikan kerjasama untuk menunjukkan kad kuasa apabila diminta,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo