NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis cari Sivakumar bagi jadi saksi pendakwaan kes penyeludupan imigran

ACP Mohd Zaid Hassan


KAJANG – Polis menagih kerjasama seorang individu bernama Sivakumar Thiarajah sebagai saksi penting dalam kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, individu itu sedang dikesan dan diminta tampil segera ke mahkamah bagi membantu perbicaraan kes pemerdagangan manusia dan penyeludupan imigran.

Ia berikutan pada 16 Mei 2020, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menerima satu laporan berkaitan kes berkenaan.

“Dalam kes berkenaan mangsa seorang lelaki warga India telah diselamatkan polis di Kajang. Justeru polis turut telah berjaya menangkap suspek yang terlibat di dalam kejadian ini dan telah dituduh di bawah Seksyen 12 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, mohd Zaid berkata, pihaknya memerlukan orang ramai membantu mengesan Sivakumar untuk hadir perbicaraan kes sebagai saksi pendakwaan dalam kes berkenaan.

Kes perbicaraan ini akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Jenayah 7, Shah Alam yang akan bersidang pada 15, 22 Jun dan 13 Julai 2023.

Alamat terakhir saksi yang dikehendaki itu di 223, Jalan Tempua 6, Puchong Jaya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan penama ini diseru untuk menyalurkan maklumat kepada polis atau penama sendiri boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superitendan Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo