Perikatan Nasional (PN) dijadual memuktamadkan rundingan kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN), esok.
Dijangka satu sidang media akan diadakan jam 5 petang selepas Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Kerusi dan Mesyuarat Majlis Presiden Perikatan Nasional di ibu pejabat PN di Publika Damansara.
Sabtu lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata agihan kerusi gabungan itu sudah 99 peratus selesai.
Ketika itu katanya, rundingan hanya berbaki beberapa perkara sebelum dimuktamadkan.
Enam negeri dijangka mengadakan PRN serentak selepas kesemua DUN selesai dibubar melibatkan iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Setakat ini, hanya tiga negeri sudah mengumumkan tarikh pembubaran Dun iaitu Kelantan 22 Jun, Pulau Pinang 28 Jun dan Negeri Sembilan 30 Jun.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment