Pengagihan kerusi parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri akan dimuktamadkan, Rabu ini.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tiada lagi rundingan selepas keputusan dicapai dalam persidangan Majlis Presiden PN nanti.
“Selepas Rabu tak ada rundingan atau tawaran lagi sebab Majlis Presiden PN sudah tandatangan dan hanya umumkan sahaja.
“Kita telah adakan beberapa kali perbincangan (sebelum ini) berhubung agihan kerusi antara parti komponen, selepas Majlis Presiden bersidang minggu depan kita dah tutup. Dah tak boleh nak bincang lagi dah,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran jentera pilihan raya PN Marang di Marang, malam tadi.
Menurut Ketua Pembangkang itu, setakat ini hanya satu atau dua kerusi yang masih dalam proses rundingan.
“Sekarang ni dah hampir (selesai) tetapi masih ada lagilah satu, dua (kerusi) yang masih dalam proses kerana melibatkan keyakinan dan perlu kepada persetujuan oleh semua rakan parti komponen.
“Misalnya kita sedang bincang Gerakan mewakili kumpulan yang bagaimana. Jadi, kalau nak menang misalnya di Pulau Pinang, kita perlu tengok macam mana caranya.
“Sebab itulah antara perkara yang kita akan berikan kepastian supaya pimpinan dari segi seluruh parti komponen itu akan merasai bersama kita ini ada keikhlasan, kejujuran dan ‘compromising’ yang boleh ditonjolkan,” katanya.
Tambahnya, PN menyerahkan sepenuhnya kepada parti komponen untuk memilih calon selepas agihan kerusi selesai dimuktamadkan.
Enam negeri dijangka membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan Jun hingga Ogos bagi memberi laluan kepada PRN.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment