NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menjangkakan UMNO akan kalah teruk pada PRN akan datang setelah parti itu berkawan dengan DAP.




Perikatan Nasional (PN) dijangka boleh memenangi 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) denganformula satu lawan satu pada pilihan raya negeri (PRN) di Selangor.

Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata perkara itu tidak mustahil terutama di kawasan kubu kuat pengundi Melayu.

Menurutnya, keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Selangor membuktikan PN mampu memenangi kerusi di kubu kuat UMNO-Barisan Nasional (BN).

“Tiga Parlimen di utara Selangor iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjong Karang sebelum ini menjadi kubu kuat UMNO tetapi kita dapat melihat atas semangat dan perpaduan pengundi Melayu, PN mampu menewaskan BN,” katanya lapor Sinar Harian

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Dialog PN Parlimen Sungai Besar di Markas Pas Simpang Lima di Sabak Bernam, Khamis malam.

Noh berkata peluang PN untuk merampas Selangor serta membentuk kerajaan baharu di negeri ini boleh dilaksanakan sekiranya hanya pertembungan dua penjuru berlaku.

“Formula (MN) inilah yang saya tekankan kepada pemimpin UMNO sebelum PRU-15 tetapi ia tidak berlaku sebaliknya kita bertembung tiga parti iaitu PN, BN dan PH.

“Jika kita bertanding tiga penjuru undi Melayu pecah kepada tiga parti yang hanya memenangkan calon PH,” katanya lagi.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo