KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) diminta mempertimbangkan tujuh kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) kepada PKR untuk bertanding pada Pilihan Raya negeri (PRN) akan datang.
Pengarah Pilihanraya PKR negeri, Ahmad Sabri Ali, berkata pihaknya sudah mengenal pasti calon yang mampu menang dan diterima rakyat untuk diketengahkan bertanding di kerusi DUN pada PRN tidak lama lagi.
Bagaimanapun, katanya, PKR negeri akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan majlis Presiden Kerajaan Perpaduan.
"Kita anggarkan antara lima hingga tujuh kerusi DUN untuk PKR, tetapi kita akan akur dengan keputusan ditetapkan Majlis Presiden," katanya kepada media di Pejabat PKR negeri di Jalan Bukit Besar, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua PKR Cabang Kuala Terengganu, Azan Ismail.
Bagaimanapun Ahmad Sabri enggan mengulas kerusi DUN pilihan PKR negeri.
Katanya, jumlah kerusi untuk PKR akan diketahui sebelum pembubaran DUN yang dijangka akhir bulan ini.
Katanya, jentera pilihan raya PKR sudah bersiap sedia bagi membantu kemenangan calon parti dalam kerajaan perpaduan.
"PKR Pahang akan menjadi bapa angkat bagi membantu semua calon dalam kerajaan perpaduan pada PRN nanti," katanya.
No comments
Post a Comment