NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR perlu ukur kekuatan sendiri, berapa cawangan mereka ada? soal Ahmad Said



UMNO lebih kuat jika dibandingkan dengan PKR sehingga meminta banyak kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu tak lama lagi, kata Datuk Seri Ahmad Said.

Pengerusi UMNO Terengganu itu berkata PKR wajar menilai kekuatan mereka sebelum menuntut banyak kerusi untuk bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN), malah mempersoalkan jentera akar umbi yang dimiliki parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.

“PRN yang akan diadakan nanti adalah pertarungan sebenar antara PAS dan UMNO.

“Kita perlu ukur kekuatan diri sendiri termasuk jumlah cawangan yang ada, kita bertanding untuk menang,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau mengulas desakan jawatankuasa PKR Cabang Kuala Terengganu yang menuntut kerusi kawasan DUN Bandar dikembalikan kepada partinya untuk meletakkan calon.

Katanya, PKR sepatutnya berlapang dada dengan keputusan agihan kerusi yang dicadangkan UMNO negeri kepada pimpinan tertinggi di peringkat pusat untuk diputuskan Majlis Presiden.

Ketika program Jelajah Nik Nazmi Nik Ahmad yang diadakan secara terbuka di pejabat PKR Cabang Kuala Terengganu pada Ahad lalu, beberapa jawatankuasa parti itu melahirkan kekecewaan sehingga sanggup mendakwa UMNO bersikap tamak kerana turut meletakkan calonnya bertanding di kerusi DUN Bandar.

Bagaimanapun, Nik Nazmi yang juga Naib Presiden PKR dilaporkan berkata, proses agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan BN bagi menghadapi PRN dijangka selesai sebelum akhir bulan ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) calon PKR, Azan Ismail yang bertanding atas tiket PAS memenangi kerusi DUN Bandar selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Toh Cin Yaw dengan majoriti 2,159 undi.

Bagaimanapun, Azan gagal mengekalkan kemenangan apabila bertanding atas tiket PKR pada pertandingan tiga penjuru pada PRU-14.

Azan hanya memperoleh 3,996 undi manakala calon BN, Toh Seng Cheng hanya mendapat 5,042 undi dan kerusi DUN Bandar dimenangi calon PAS, Ahmad Shah Mohamed yang memperoleh 7,133 undi.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga bekas Menteri Besar, berkata Barisan Nasional (BN) negeri sudah menyelesaikan pengagihan kerusi dan menyerahkan kepada pimpinan tertinggi untuk dimuktamadkan.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo