NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR ada rekod baik, Rafizi enggan ulas ‘ukur baju badan sendiri’



PUTRAJAYA: Rafizi Ramli enggan mengulas kenyataan Ketua Umno Terengganu Ahmad Said yang meminta PKR “ukur baju di badan sendiri” sebelum meminta kerusi untuk ditandingi pada PRN.

Timbalan presiden PKR itu menganggap ia perkara biasa untuk parti lama seperti Umno meminta parti baharu menunjukkan kekuatan mereka.

“Saya tak nak komen (mengenai kenyataan Ahmad). Dulu dengan PAS setiap kali runding kerusi akan ada jangkaan seperti parti lama akan tanya parti baharu untuk tunjukkan kekuatan mereka.

“Tak ada masalah. Itu ‘common sense’. Tetapi saya fikir walaupun kita parti baharu, kita mempunyai rekod pilihan raya yang baik,” katanya pada sidang media sesi libat urus kajian separuh penggal RMK12.

Semalam, Ahmad berkata PKR perlu melihat kekuatan dimilikinya di negeri itu berdasarkan aspek jentera, jumlah penyokong dan ahli  peringkat akar umbi sebelum meminta kerusi pada PRN.

Dalam pada itu, Rafizi memaklumkan setakat ini perbincangan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi enam negeri mencapai 98%.

Beliau berkata, ada beberapa kerusi yang mempunyai pertindihan dan akan dimuktamadkannya.

Sementara itu, Rafizi berkata data kajian untuk menangkis propaganda Perikatan Nasional (PN) yang kononnya ada gelombang menolak kerajaan perpaduan akan didedahkan minggu ini.

Katanya, selepas data itu dikeluarkan sepatutnya PN yang bimbang dengan propaganda dimainkan bukannya PH.

“Esok atau Khamis kita akan tunjuk data kita yang menunjukkan dakwaan PN tidak berasas kononnya Selangor, Pulau Pinang akan jatuh dan ada gelombang pemuda.

“Secara logik bagaimana kerajaan persekutuan boleh jatuh selepas PRN. Undi tak percaya tak berlaku…lompat parti tak boleh,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo