NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH Terengganu tegur UMNO jangan pandang rendah rakan satu kerajaan

Pengerusi PH negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah menegur UMNO Terengganu.


UMNO tidak wajar memandang rendah rakan parti lain yang berada dalam satu kerajaan campuran, kata Pakatan Harapan (PH) Terengganu.

Pengerusi PH negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah memberitahu UMNO, semua parti dalam kerajaan campuran mempunyai kelebihan tersendiri dan mampu menentukan kemenangan lapan kerusi yang tewas tipis semasa pilihan raya lalu.

Beliau memberikan contoh antara lapan kerusi itu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil dimenangi PAS dengan majoriti empat undi manakala kemenangan Barisan Nasional (BN) di Bukit Besi hanya dibezakan dengan 46 undi.

“Undi diperoleh PH lebih tinggi dari majoriti kemenangan UMNO atau PAS, perlu diingat peranan parti gabungan lain tidak harus diperkecilkan.

“Parti ‘baru’ boleh membantu menjadi penentu ‘King Maker’ dalam situasi Terengganu yang lapan DUN majoriti menang begitu tipis jika penglibatan kami dihargai dan tidak direndahkan,” katanya dipetik laporan FMT.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang mengingatkan PKR supaya ‘ukur baju di badan sendiri’ susulan permintaan parti itu bertanding di banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Ahmad berkata, parti itu seharusnya melihat kekuatan jenteranya dan menerima hakikat pertarungan sebenar di Terengganu hanya membabitkan PAS dan UMNO.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PKR Terengganu dan Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad yang melahirkan keyakinan parti itu untuk menang di beberapa kerusi telah dikenal pasti di Terengganu antaranya DUN Bandar.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo