NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertikaian Kerusi Umno-PH Yang Tidak Akan Selesai

Kerajaan PERPADUAN yang dicanang seawal penubuhan kerajaan campuran ini tidaklah kuat sepertimana digembar gemburkan.

Politikus UMNO-PH boleh menipu diri mereka sendiri dan pentaksub mereka, tetapi masa akhirnya menunjukkan realiti sebenar.

Indikator sebenar samada kerjasama politik UMNO - PH ini benar-benar stabil dan boleh membuahkan pentadbiran yang licin dalam pemerintahan hanya boleh dibuktikan sewaktu PRN ini sahaja. Selagi belum PRN pemimpin PH-BN hanya mampu 'sembang' sahaja!

Jika pembahagian kerusi berjaya dibincangkan tanpa masalah. Maka kukuhlah kerjasama tersebut. Urusan pembahagian kerusi yang berjaya menggambarkan pemimpin parti yang bekerjasama boleh bersikap tolak ansur dan mencapai konsesus demi kebaikan koalisi gabungan.

Kepentingan bagi mana-mana parti diketepikan demi manfaat bersama.Tetapi lain pula yang jadinya bagi UMNO-PH.

Di Selangor, UMNO dipandang begitu hina. Sejak awal bulan januari lagi, Sany Hamzan sudah menggambarkan bahawa PH Selangor tidak akan serahkan sebarang kerusi PH kepada UMNO.

Terkini, PH menawarkan UMNO cuma 10 kerusi. Sedangkan UMNO menyasarkan 14 kerusi ditandingi. Menurut sumber lain pula, UMNO sebenarnya menginginkan 17 kerusi. Polemik yang berpanjangan ini menyaksikan Zahid dan Anwar sendiri yang terpaksa campur tangan di Selangor.

Adakah UMNO yang pernah memimpin Selangor satu ketika dulu sanggup bertanding di 10 kerusi sahaja? Lagi pula belum tentu UMNO akan menang 10 kerusi ini. Maka berapa kerusi bakal ada untuk UMNO di Selangor?

Senario di Terengganu menyaksikan kerusi pertembungan keras antara PKR dan UMNO. PKR bertegas inginkan banyak kerusi di Terengganu sehinggakan Pengerusi UMNO Terengganu Ahmad Said menyuruh PKR ukur baju di badan sendiri. 

Lebih memedihkan, Ahmad Said kata pertembungan di Terengganu hanyalah antara UMNO dan PAS sahaja. Begitu hina PKR dan PH dimata UMNO Terengganu.

Di Kelantan, meskipun UMNO-PH begitu yakin boleh menumbangkan Kelantan tetapi sampai sekarang mereka gagal memberikan 'hint' atau sekecil-kecil isyarat siapakah calon MB kerajaan gabungan.

Sedangkan Kelantan sebagai kubu kuat PAS hampir 3 dekad perlu digegarkan dengan strategi dan langkah lebih radikal. Kalau sekadar bergantung pada figura politik kampung seperti Mahusin, UMNO-PH tidak akan kemana-mana.

Perkara ini penting sebenarnya, kalau kestabilan tidak boleh dibentuk sebelum PRN. Apa jaminan setelah menjadi kerajaan mereka ini tidak akan berperang sesama sendiri?

Berbeza dengan PN yang telah teruji sewaktu PRU-15. Pembahagian kerusi tiada masalah dan dibincangkan secara 'give and take'. Supaya tiada pihak yang merasa rugi dengan mana-mana pembahagian.

Ini dibuktikan dalam persiapan menuju PRN, Terengganu menjadi contoh negeri paling bersedia, sekarang 97% kerusi sudah siap dibahagikan walaupun dewan negeri belum dibubarkan lagi.

Kestabilan PN terletak pada disiplin ahli parti kepada keputusan parti. Sepertimana kenyataan tegas MB Kedah, YB Sanusi yang mengatakan keputusan siapa bakal MB Kedah ditentukan oleh pemimpin PN, beliau akan patuh segala keputusan yang ditetapkan. Bukankah ini petunjuk jelas PN tiada masalah dalaman dan risiko percanggahan arahan?

Kepada rakyat Malaysia , berhati-hatilah dalam memilih sewaktu PRN. Sejak 2021 rakyat disajikan kononnya BN boleh membawa kestabilan, pasca PRU-15 pula, PH-BN pula membawa naratif ini. Sedangkan realiti menunjukkan segala kestabilan yang diwar-warkan hanyalah penipuan sahaja. Sama seperti manifesto yang selama ini mereka tipu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo