NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penunggang Ducati maut jatuh jejambat SUKE

Keadaan motosikal berkuasa tinggi mangsa yang remuk selepas melanggar penghadang jejambat di Kilometer 22.2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) susur Hulu Klang di Ampang.



PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal maut tercampak selepas tercampak dan terjatuh dari jejambat di Kilometer 22.2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) susur Hulu Klang di Ampang.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kemalangan itu pada jam 1.10 petang.

“Siasatan awal mendapati, mangsa berusia dalam lingkungan umur 60-an menunggang motosikal jenis Ducati Panigale melalui jalan berselekoh di atas jejambat berkenaan.

“Mangsa kemudian cuba mengelak sebuah motosikal lain yang melawan arus, namun dia terbabas melanggar penghadang sebelah kiri jalan, sebelum tercampak dan terjatuh ke bawah jejambat pada ketinggian kira-kira 30 meter,” katanya dalam kenyataan.

Azam berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan Smart Sungai Klang.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, polis ketika ini sedang mengesan penunggang motosikal yang melawan arus tersebut dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak SUKE.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang tidak dikenal pasti yang menunggang secara melulu dan menyebabkan kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Katanya, saksi kejadian diminta untuk tampil menyalurkan maklumat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya, Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo