Pengurusan kes bagi tarikh perbicaraan penuh saman fitnah Pengerusi DAP, Lim Guan Eng terhadap bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditetapkah 20 Julai depan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Mahkamah mengarahkan pihak-pihak memfailkan ikatan fakta dokumen, ikatan pliding, ikatan fakta dipersetujui, dan isu untuk dibicarakan sebelum 20 Julai.
“Pengurusan kes seterusnya dijadualkan pada 20 Julai untuk arahan lanjut daripada mahkamah dan penetapan tarikh perbicaraan,” kata Peguam Lim, Guok Ngek Seong kepada media selepas pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain.
Pada 27 Mac lalu, Lim memfailkansaman fitnah terhadap Muhyiddin yang dituduh mencemarkannya atas dakwaan Ahli Parlimen Pagoh itu mengeluarkan kenyataan fitnah yang mengaitkannya berhubung pembatalan pengecualian cukai ke atas Yayasan Albukhary.
Pada April lalu melalui pernyataan pembelaannya, Muhyiddin menuntut supaya Lim membuktikan bahawa kementeriannya tidak membatalkan status pengecualian cukai yayasan itu.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment