Bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan berpendapat segelintir penyokong Pakatan Harapan tak boleh terima kritikan dan pandangan yang tidak positif terhadap perdana menteri ataupun kerajaan. |
PETALING JAYA: Bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan berpendapat kelakuan penyokong Pakatan Harapan(PH) ketika berdepan kritikan mungkin menyebabkan pengundi yang berpotensi menyokong gabungan itu akan tawar hati.
“Kalau mereka tak hentikan ‘gelombang’ ini, nampak macam liberal, marah semua yang tak sokong kerajaan tak apa. Tetapi mereka mengugut dengan mengatakan bahawa sesuatu buruk akan berlaku dan siapa yang tak sokong PH adalah ‘tunggang agama’, jual bangsa dan sebagainya.
“Semua kritikan dan tohmahan sebegini…kerana semata-mata tak boleh terima kritikan dan pandangan yang tidak positif terhadap perdana menteri ataupun kerajaan,” katanya dalam episod terbaru ‘Keluar Sekejap’.
Shahril berkata, terdapat kebarangkalian pengundi yang mesra kepada PH tetapi akhirnya tidak memberi undi kepada gabungan itu sekiranya keadaan sedemikian berterusan.
Katanya, keadaan itu bukan hanya dapat dilihat menerusi isu teguran di TikTok oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, tetapi juga dapat dilihat sejak enam atau tujuh bulan lepas.
Semalam, Fahmi menyangkal laporan yang menyatakan beliau mengancam mengambil tindakan terhadap penonton siaran langsungnya di TikTok kerana menyiarkan komen mengkritik dirinya dan kerajaan.
Fahmi berkata, beliau hanya mengingatkan penonton supaya tidak membuat kenyataan berunsur provokasi berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R).
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment