NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penganjur konsert dalam Universiti boleh dikenakan denda serta lima tahun penjara

Kuala Terengganu: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak menerima sebarang permohonan permit bagi penganjuran konsert yang didakwa diadakan di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Kuala Nerus.

Datuk Bandar MBKT Rosli Latiff berkata, pihaknya tidak mengetahui mengenai penganjuran konsert berkenaan yang dilaporkan berlaku beberapa hari lalu.

"Penganjuran program ini tiada dalam pengetahuan kami dan semakan juga mendapati tiada sebarang permohonan permit diterima bagi menganjurkan acara berkenaan.

"Perbuatan itu adalah satu kesalahan di bawah Sub Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan & Tempat-tempat Hiburan 2002 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo