NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura



Tindakan Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat perbandingan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dengan negara republik, Singapura disanggah seorang penganalisis politik.

Anwar yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat hari ini menerangkan kenaikan OPR di Malaysia dengan membandingkan dengan keadaan di Singapura, bagaimanapun penganalisis Lee Sian See berkata sebaliknya kerana Singapura tidak menggunakan kaedah OPR dalam menentukan kadar faedah kepada rakyat negara itu.

“Singapura tidak dan tidak mempunyai OPR sejak 1981 (42 tahun lalu).

“Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) tidak mengawal sistem monetari dengan memantau kadar faedah. Sebaliknya, ia menguruskan kadar pertukaran dolar Singapura (SGD) berbanding sekumpulan mata wang perdagangan dengan rakan perdagangan dan pesaing utama Singapura,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Untuk rekod, MAS menggunakan Kadar Pertukaran Berkesan Nominal Dolar Singapura (S$NEER) dalam menentukan dasar monetari dan mengenal pasti saluran di mana kadar pertukaran memberi kesan kepada harga dalam ekonomi.

Ia berbeza dengan pendekatan monetari di Malaysia yang menggunakan OPR untuk menentukan sesuatu dasar monetari.

Terdahulu di Dewan Rakyat, Anwar berkata kenaikan OPR yang diumumkan oleh Bank Negara (BNM) sejak memegang kuasa di Putrajaya baharu sekali dan perlu diakui ia akan membantu mengukuhkan nilai mata wang.

“Baru sekali naik (OPR), ketimbang empat kali pada tahun lalu. Setakat saya boleh gesa, BNM harus teliti, bukan sahaja isu monetari tetapi fiskal dan keyakinan keseluruhannya.

“Kita juga harus terima kenyataan kenaikan OPR seperti di Singapura, akan membantu memperkukuh nilai mata wang,” katanya.

Pada 4 Mei, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM dalam mesyuaratnya membuat keputusan menaikkan kadar OPR.

Selain itu, kadar siling dan lantai koridor OPR turut dinaikkan, masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

OPR dinaikkan empat kali berturut-turut sejak Mei, Julai, September dan November tahun lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Sumber I Agenda Daily 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo