LONDON: Penduduk Britain kini berisiko diancam serangan sejenis serangga yang berbahaya pada musim panas ini.
Lapor Daily Mail, beberapa pakar memberi amaran mengenai `peningkatan drastik’ populasi lalat Dracula yang dikatakan mempunyai daya tahan tinggi terhadap kebanyakan racun serangga perosak.
Serangga itu biasanya kelihatan di negara-negara Mediterranean.
Gabungan cuaca panas dan hujan lebat yang berlaku di Britain setakat musim panas ini membuktikan tempat pembiakan sempurna untuk serangga penghisap darah itu.
Gigitan serangga itu boleh menyebabkan kesakitan melampau, selain ia mampu menyebarkan jangkitan berbahaya.
Malah, ia juga berupaya menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan awam.
Gigitan lalat Dracula betina boleh menyebabkan jangkitan dan bengkak menyakitkan yang mungkin tidak dapat dirawat sepenuhnya dengan ubat antibiotik sedia ada.
Biasanya, gigitan lalat Dracula mengambil masa lebih lama untuk sembuh berbanding gigitan serangga lain serta mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti terutamanya jika digaru.
Kesan-kesan lain akibat gigitan spesies serangga itu termasuk bengkak anggota badan, pening, sesak nafas dan ruam gatal yang menyakitkan.
Berdasarkan laporan Penyelidikan Antibiotik United Kingdom (UK), terdapat kepentingan untuk menghasilkan ubat antibiotik baharu secepat mungkin disebabkan peningkatan drastik dalam populasi serangga Dracula.
Sementara itu, Persatuan Kawalan Serangga Perosak Britain meletakkan lalat Dracula pada kedudukan pertama dalam senarai `gigitan serangga untuk dielakkan’ bersama spesies labah-labah black widow dan nyamuk.
No comments
Post a Comment