Kenyataan bekas MB Kedah yang juga sekarang ini Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid bagi saya membuktikan isu Kedah -Penang bukan isu baru, dan bukan isu 'Sanusi' tapi isu Negeri.
MB Kedah hari ini hanya fight dengan lebih serius dan bersungguh untuk mendapatkan hak Kedah yang diremehkan sekian lama.
Menurut DS Mahdzir Khalid bayaran khas berjumlah RM200 juta kepada Kedah atas pengorbanan negeri itu menyumbang keterjaminan makanan negara dan sumber air untuk negeri jiran juga telah dituntut sejak zaman pemerintahan bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Seri Syed Razak Syed Zain.
Syed Razak jadi MB minta, Mad Bashah jadi MB minta, Mukhriz jadi MB pun minta dari Kerajaan Persekutuan. MB Kedah hari ini cuma meneruskan perjuangan untuk negeri dan rakyatnya.
Kedah perlu berkorban seluas-luas tanah untuk pastikan rakyat Malaysia cukup beras, jadi seluas-luas tanah itu tak boleh dibangunkan industri yang boleh dapat berpuluh kali ganda keuntungan.
Penang yang sebelah Kedah, dapat air dari Kedah tanpa bayar sekupang, tapi dapat bangunkan industri hasil pengorbanan Kedah.
Lepas tu hina Kedah miskin.
Duit air takmau bayar.
Minta naik pajakan tak dapat.
Tapi Kedah mesti terus berkorban menjadi negeri jelapang padi.
Nak buat airport di Kulim pun tak dapat kelulusan.
Tapi Penang dapat lebih peruntukan pula untuk airport.
Siap dapat lebih peruntukan untuk LRT pula.
Lepas tu dengan sombong hina Kedah sebab rakyat Kedah migrate ke Penang untuk kerja (saya baca kenyataan seorang Adun Penang pasal ni..mengecewakan).
Isu Penang milik Kedah adalah 'tembakan' untuk menarik perhatian dan kepedulian ramai tentang pengorbanan Kedah yang tidak dipedulikan.
Cukup dengan satu ayat DS Sanusi , dari Rayer, sampai LGE, sampai KM Penang sampai Menteri-Menteri sampai PM kena respon.
Jangan marah jika semangat kenegerian bangkit.DS Sanusi membangkitkan satu semangat perjuangan yang buat majoriti rakyat Kedah rasa ini perjuangan bersama.
P/s : rasanya kalau Kerajaan DAP Penang tak kedekut , bayar duit air yang Penang dapat dari Kedah, besar kemungkinan isu ini tidak dibangkitkan.
No comments
Post a Comment