NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

pemimpin utama UMNO dilantik jadi Pengerusi Felda



Pengerusi baharu Felda diumumkan kerajaan campuran yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2023.

Felda dalam kenyataan mengumumkan pemimpin utama UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai pengerusi baharu mereka hari ini.

Untuk rekod, Shabery merupakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Dalam kenyataan medianya berkata, organisasi itu optimis bahawa pelantikan itu akan dapat meneruskan kesinambungan usaha transformasi yang telah berjalan selama ini demi kemaslahatan warga peneroka serta generasi baharu Felda keseluruhannya.

Terdahulu, bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh ditamatkan perkhidmatannya sebagai pengerusi Felda berkuat kuasa 30 Jun ini, lebih awal dari tempoh kontrak.

Idris yang mengesahkan perkara itu di Facebook berkata, beliau menerima keputusan daripada Pejabat Perdana Menteri untuk mengundur diri daripada jawatan itu dan memberi laluan kepada pimpinan Anwar Ibrahim melantik pengganti baharu.

“Saya menerima keputusan dari Pejabat Perdana Menteri untuk mengundur diri dari jawatan pengerusi Felda berkuat kuasa pada 30 Jun,” kata Idris sebelum ini.

Bekas menteri pendidikan tinggi daripada UMNO itu dilantik sebagai pengerusi Felda pada 1 Mei 2020 kemudian disambung kontrak selama dua tahun berkuat kuasa Mei 2022 oleh pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kontrak baharu beliau sepatutnya tamat pada Mei tahun depan.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo