NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelajar SPM dapat 11A tular jaga ibu sakit akan diberi biasiswa: MB Kelantan

Datuk Ahmad Yakob bersama pelajar SPM cemerlang, Muhammad Syahril Saidi.


Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 11A yang tular menjaga ibu sakit akan diberi biasiswa, kata Datuk Ahmad Yakob.

Menteri Besar Kelantan berkata Muhammad Syahril Saidi, 18, itu akan menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran sama ada di dalam dan luar negeri menerusi Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN).

“Di samping itu, pelajar berkenaan gigih dalam menuntut kecemerlangan ilmu sehingga memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

“Justeru, kerajaan negeri bersetuju memberikan biasiswa pengajian daripada YAKIN kepada Muhammad Syahril untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, Ahmad melawat Muhammad Syahril atau lebih dikenali sebagai Syahril di rumahnya di Kampung Kandis dan menyampaikan sumbangan.

Ahmad turut mengucapkan tahniah kepada Syahril dan berharap remaja itu sentiasa diberkati Allah SWT dan kejayaannya menjadi contoh kepada orang ramai.

Kisah Syahril tular kerana pengorbanan pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang itu menjaga ibu yang sakit, namun memperoleh keputusan semua A dalam keputusan peperiksaan SPM yang diumumkan, Khamis lalu.

Syahril menerima keputusan SPM daripada pihak sekolah yang hadir ke rumahnya ekoran tidak dapat ke sekolah kerana menjaga ibunya, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, yang tidak sihat kerana sakit angin ahmar sejak 2019.

Bagaimanapun Tuan Faridah meninggal dunia, Sabtu lalu.

Pelajar itu juga menerima lebih 10 tawaran untuk melanjutkan pelajaran dan biasiswa.


Sumber I Agenda Daily 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo