NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pegawai polis mabuk, memandu lawan arus




KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol secara melawan arus di Jalan Cheras, di sini.

Kejadian dilaporkan kira-kira jam 4.10 pagi kelmarin ketika lelaki berusia 35 tahun itu memandu kereta bersendirian sebelum tindakannya memandu melawan arus disedari sepasukan anggota polis yang kebetulan ada berhampiran.

Pasukan polis itu kemudian mengejar kereta dipandu suspek dan berjaya memberhentikan kenderaan berkenaan di tepi Jalan Cheras untuk membuat pemeriksaan.

Bagaimanapun, suspek dikatakan enggan memberi kerjasama dengan bertindak agresif, selain menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari kepada anggota polis bertugas.

Difahamkan, sebaik ditahan, suspek yang juga pegawai polis berpangkat inspektor idibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk proses siasatan.

Hasil ujian alkohol kemudian mendapati paras alkohol dalam tubuhnya melebihi paras dibenarkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan suspek dan memaklumkan siasatan berkait kes itu masih dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang tugas penjawat awam).

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengambil alkohol melebihi jumlah ditetapkan.


Sumber I Agenda Daily 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo