NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pedang berusia 3,000 tahun ditemukan di Jerman

BERLIN: Sekumpulan ahli arkeologi menemukan sebilah pedang yang berasal dari zaman gangsa di sebuah tapak perkuburan purba di Jerman.

Lapor Daily Mail, pedang zaman gangsa yang amat jarang ditemukan itu, dipercayai berusia 3,000 tahun.

Senjata itu dijumpai ketika kerja-kerja penggalian arkeologi dilakukan di bandar Nordlingen pada minggu lalu.

Pakar terkejut melihat keadaan pedang itu yang dipelihara dengan baik sehingga bersinar, meskipun ia ditemukan dalam kubur bersama tiga mayat individu.

Malah, para penyelidik tertanya-tanya sama ada tiga mayat terdiri daripada seorang lelaki, wanita dan remaja mempunyai kaitan dengan pedang terbabit.

Ketua Pejabat Pemeliharaan Monumen Bavaria, Mathias Pfeil berkata, pedang dan tapak perkuburan itu masih perlu diperiksa lagi.

“Ini bagi membolehkan pakar arkeologi mengklasifikasikan penemuan itu dengan lebih lanjut.

“Namun, saya boleh menyatakan bahawa tahap pemeliharaan pedang itu adalah luar biasa. Penemuan seperti ini amat jarang berlaku,” katanya.

Meskipun pedang itu sudah berusia ribuan tahun, ukiran dan corak zig-zag pada senjata tersebut masih kelihatan sepenuhnya.   

Pedang itu ditemukan beberapa bulan selepas kasut kanak-kanak dipercayai berusia 3,000 tahun, dijumpai di dasar sungai utara Kent di United Kingdom (UK). 


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo