Wakil hotel Paya Bunga Terengganu bergambar bersama Pengerusi Dubai Traveller Festival, Sheikh Awad Mohamad Mejren (empat dari kanan) pada majlis di Dubai, UAE 17 Jun lalu. |
PETALING JAYA – Paya Bunga Hotel (PB Hotel) Terengganu sekali lagi mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila dipilih oleh International Travel Award sebagai pemenang bagi kategori “Best City Hotel”.
Penyampaian anugerah tersebut telah diadakan di Waldorf Astoria Palm, Jumeirah, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 17 Jun lalu.
Pengurus Besar PB Hotel, Abdul Hadi Alias berkata, pihaknya yakin anugerah itu juga merupakan antara faktor para pelanggan menjadikan hotel tersebut sebagai destinasi pilihan penginapan utama apabila bercuti serta berkunjung ke Kuala Terengganu.
“Kami juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Menteri Besar Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan pimpinan Kerajaan Negeri Terengganu kerana telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada PB Hotel hingga mencapai ke tahap ini.
“Semoga anugerah ini dapat menyuntik semangat warga kerja PB Hotel untuk terus berusaha memberikan perkhidmatan dan komitmen yang terbaik kepada setiap pelanggan yang berkunjung ke PB Hotel,”katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, anugerah tersebut melibatkan penyertaan 4,000 pemain industri hospitaliti dan pelancongan dari 70 buah negara dalam pelbagai kategori yang telah dipertandingkan.
Selain PB Hotel, sebuah lagi hotel dari Malaysia, The Granite Luxury Hotel Penang yang merupakan hotel di bawah MSummit Group turut terpilih sebagai pemenang bagi katagori The Best Design Hotel.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, pada majlis tersebut pihaknya juga mendapat undangan khas sebagai tetamu istimewa dari Pengerusi Dubai Traveller Festival, Sheikh Awad Mohamad Mejren di istana beliau bagi sesi minum petang dan kenal mesra.
“Antara yang menarik dalam sesi perbincangan ini, Sheikh Awad Mohamad Mejren mempelawa delegasi kami untuk menerokai peluang di Dubai serta menyatakan hasrat beliau untuk meneroka peluang dagang di Malaysia dalam industri minyak dan gas serta kewangan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment