NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAU: DAP memberi hak kepada Pemuda UMNO untuk menjemput atau tidak

Teo Nie Ching berkata menjadi hak Pemuda Umno untuk tidak menjemput DAP termasuk parti lain dalam kerajaan perpaduan pada persidangan sayap itu, minggu depan.



PETALING JAYA: DAP memahami dan tidak “berkecil hati” susulan keputusan Pemuda Umno tidak menjemput parti lain dalam kerajaan perpaduan ke Perhimpunan Agung Umno bagi sayap itu, minggu depan.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching, berkata apa saja keputusan Umno termasuk sayap Pemuda, Puteri, dan Wanita perlu dihormati.

Katanya, setiap sayap parti mempunyai pandangan, pendekatan dan kaedah berbeza yang perlu difahami dalam gabungan kerajaan perpaduan.

“Apa juga keputusan yang dibuat Umno mahupun sayap Pemuda, Puteri dan Wanita, kami sebagai rakan dalam kerajaan perpaduan terima dan hormati. Itu adalah hak Umno.

“Sekiranya dijemput, kami ucapkan terima kasih, namun tidak akan berkecil hati jika tiada undangan kerana itu adalah hak mereka sebagai penganjur dan mungkin ada faktor tertentu,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan tayangan filem Polis Evo 3 bersama komuniti polis Kulai dan komuniti Kulai di Jusco Kulai, Kulai, Johor.

Semalam, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh, menegaskan keputusan tidak menjemput wakil mana-mana parti ke Perhimpunan Pemuda Umno sempena PAU 2023 adalah keputusan diambil bersama semua barisan exco dan ketua Pemuda Umno negeri.

PAU 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bermula 7 hingga 10 Jun ini bakal mencipta sejarah tersendiri apabila ia akan turut dihadiri pimpinan tertinggi DAP dan PKR.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo