NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Terengganu lahirkan Kerajaan Teknokrat Berjiwa Akhirat

Teknokrat Berjiwa Akhirat

Ketika PAS mengambil alih kerajaan Terengganu daripada BN selepas pilihanraya ke-14, apa yang menjadi kemestian kepada PAS Terengganu adalah untuk mengembalikan kegemilangan Terengganu setelah hampir 15 tahun dihenyak oleh kerajaan BN sebelumnya.

Antara kerosakkan yang besar dilakukan oleh BN Terengganu ialah kegagalan mereka menguruskan GLC Kerajaan Negeri sepanjang mereka memerintah dan ada sebahagian dari GLC terbabit mengalami kerugian yang sangat besar.

Kerugian yang dihadapi oleh GLC ini menyebabkan Kerajaan Terengganu terpaksa mengeluarkan wang untuk menampung kerugian yang ada. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kewangan kerajaan negeri yang dalam masa sama semakin banyak berhutang dengan Kerajaan Persekutuan.

Apa yang lebih menyedihkan, ada sebahagian GLC kerajaan Terengganu yang hanya ditubuhkan tanpa tujuan dan hanya membayar gaji kepada beberapa individu dalam parti politik kerajaan terdahulu.

Alhamdulillah dalam tempoh hanya 5 tahun, kerajaan PAS Terengganu berjaya membaiki perkara ini dari terus berlarutan. 

TDM yang pernah mencatatkan kerugian besar kerana susut nilai aset mencecah 780 juta hari ini mencatatkan keuntungan tertinggi semenjak 1995 dengan merekodkan pendapatan 615.7 juta pada 31 Disember 2022. TDM juga berjaya disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur.

Bidang perhotelan juga memberikan impak yang sangat besar, antaranya Duyong Marina yang hanya mencatatkan keuntungan 4.33 juta pada tahun 2016 tetapi pada tahun 2021 berjaya mencatatkan keuntungan sebanyak 10.32 juta walupun dalam keadaan pandemik Covid 19.

Yang lebih menarik lagi, apa yang berlaku kepada Paya Bunga Hotel yang mula dibina pda tahun 2010 dengan kos 90 juta hanya dapat dibuka pada Disember 2018 selepas PAS mengambil alih kerajaan Terengganu. 

Bukan itu sahaja, Hotel Paya Bunga terkenal dengan hotel patuh syariah dan terus mengaut keuntungan sehingga mencecah 3.2 juta pada tahun 2021 juga pada waktu pandemik.

Inilah contoh kerajaan teknokrat yang sangat cintakan akhirat. Amanah yang diberikan telah dipikul dengan penuh tanggungjawab agar segala kerosakkan yang telah ditinggalkan dapat dipulihkan dan seluruh rakyat dapat merasai nikmat. 

Jangan ingat Pak Lebai Kampung tak pandai Memerintah.

“Tahniah Rakyat Terengganu”
“Kepada Allah swt Kami Berserah”
“Rakyat Tak Bodoh Dan Allah swt Maha Adil”

Sumber | MIS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo