NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Memang Tak Pandai Melabur Macam Umno

PAS MEMANG TAK PANDAI MELABUR MACAM UMNO

Bila ada pemimpin UMNO kata "tiada pelaburan di Terengganu", "PAS tak pandai tarik pelabur," ia agak melucukan; sebab, data / statistik rasmi menunjukkan sebaliknya.  

Saya tahu bahawa kata-kata itu sekadar tuduhan semberono dan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi Kerajaan Negeri dan PAS menjelang pilihan raya nanti.
Tak apa, biar saya jelaskan. Kita tengok siapa yang kena.

SATU

Secara umumnya ada 5 sektor / industri yang menyumbang kepada pelaburan di Terengganu iaitu (i) pertanian, (ii) pembuatan, (iii) minyak, gas & petrokimia, (iv) pelancongan dan (v) logistik. Sejak tahun 2018, nilai pelaburan ini menunjukkan trend peningkatan saban tahun. 

2018 : RM0.210 bilion 
2019 : RM0.770 bilion
2020 : RM2.950 bilion      
2021 : RM2.930 bilion      
2022 : RM3.740 bilion

DUA

Kos pelaburan yang dibuat oleh anak-anak syarikat Kumpulan Terengganu Inc. seperti Golden Pharos, Primula Beach Hotel, TDM Berhad, Ladang Rakyat dan beberapa lagi sejak tahun 2018 sehingga sekarang sudah pun mencecah RM387.05 juta. Pelaburan ini adalah dalam pelbagai segmen antaranya ialah penjagaan kesihatan (RM178 juta), industri perladangan (RM150 juta), dan infrastruktur & kejuruteraan (RM40 juta).

TIGA

Sehingga kini juga, ada 10 projek dalam sektor pertanian yang melibatkan nilai pelaburan berjumlah lebih RM850 juta; macam-macam projek lah, antaranya lada hitam, benih kerapu, ladang napier, kambing tenusu, nanas MD2, kelapa, lembu semi-feedlot dan durian Musang King.

EMPAT

"Buoh ngelah" orang Terengganu kata.

Nilai pelaburan projek perkilangan di Terengganu bagi tempoh 2018 hingga 2022 meningkat lebih sekali ganda berbanding tempoh 5 tahun sebelumnya.

2018 - 2022 : RM11.59 bilion (51 projek)
2013 - 2017 : RM5.33 bilion (41 projek)

Nampak?

2018 - 2022 tu zaman PAS tadbir Kerajaan Negeri Terengganu, 2013 - 2017 tu pula zaman UMNO/BN yang tadbir.

Kan dah kena.

Memang betullah, PAS tak pandai melabur macam UMNO.

Alhamdulillah.

"Ya Allah, berkatilah negeri ini, kurniakanlah rezeki yang melimpah ruah kepada penduduknya."

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo