NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.


Ketua Setiausaha (KSU) daripada empat kementerian dan pimpinan tertinggi dari beberapa agensi lain akan dipanggil untuk prosiding siasatan yang bakal dijalankan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), minggu depan.

Ia susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2 melibatkan kerugian jutaan ringgit.

Prosiding akan dijalankan antara 14 Jun hingga 27 Jun ini melibatkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Kementerian Kewangan; Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah; Kementerian Kesihatan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Felcra Berhad.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata perkara itu melibatkan isu terimaan dan bayaran obligasi sosial perjanjian konsesi pengurusan industri padi dan beras negara, pengurusan pandemik Covid-19 dan penyata kewangan beraudit Felcra Berhad.

“Prosiding ini bermula dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mendapatkan penjelasan berkaitan kelemahan dalam terimaan dana berbentuk kewangan dan aset serta bayaran Skim Subsidi Harga Padi.

“Ini membabitkan kerugian wang awam RM37 juta disebabkan dana obligasi 2021 belum diterima serta pembayaran tidak teratur berjumlah RM370,000 bagi bayaran Skim Subsidi Harga Padi kepada pesawah meninggal dunia.

“Selain itu, ia turut membabitkan pembekal jentera tidak menepati jadual yang menyebabkan kerugian RM3.12 juta dan pembaziran sebanyak RM870,000 juta bagi jentera belum digunakan dan rosak,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Katanya, PAC akan memanggil KSU Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 15 Jun ini bagi memberi penjelasan mengenai isu pengurusan pandemik Covid-19 yang dibangkitkan dalam LKAN.

“Ini membabitkan isu 1.1 juta dos vaksin luput tempoh jangka hayat setakat 30 April 2022 yang mana 93 daripada 136 unit ventilator tidak dapat digunakan dan nisbah penggunaan kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang rendah,” katanya.

Dalam pada itu, PAC juga akan memanggil KSU Perbendaharaan Kementerian Kewangan, KSU Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad pada 27 Jun ini bagi menjawab isu kedudukan kewangan Felcra Berhad yang tidak dapat dirumuskan.

Jelasnya, ini susulan penyata kewangan beraudit 2019, 2020 dan 2021 yang belum dimuktamad.

“Selain itu, PAC juga akan mendapatkan taklimat berkenaan Program Jana Wibawa daripada Kementerian Kewangan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Masjid Tanah.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo