Nothing hari ini mengumumkan mereka telah meraih dana pelaburan baharu dalam terus memperkembangkan syarikat dan penawaran produk. Suntikan dana baharu ini berjumlah $96 juta (~RM448 juta) daripada sejumlah pihak, termasuk Highland Europe, Google Ventures, EQT Venturs dan C Capital.
Setakat ini, Nothing telah hadir dengan sebuah telefon Nothing Phone (1), dan juga penawaran Nothing Ear (2) serta Nothing Ear (Stick). Bergerak kehadapan, Nothing merancang memperkenalkan Nothing Phone (2) pada 11 Julai kelak.

Sehingga kini juga, Nothing menyatakan telah menjual lebih 1.5 juta produk berjenama Nothing di pasaran. Dengan pelaburan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah lagi inovasi dan pembaharuan yang bakal ditawarkan melalui produk-produk Nothing selain rekaannya.
Sumber | Amanz
No comments
Post a Comment