NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives merosot untuk hari ketiga berturut-turut hari ini berikutan logam berharga itu dan pasaran pertukaran asing bergelut dengan pelabur yang kekal berhati-hati menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell hari ini.
Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pasaran AS juga mula mengambil kira kelembapan kitaran dalam pertumbuhan ekonomi, yang juga negatif untuk emas.
Menurut nota penyelidikan runcit RHB, niaga hadapan emas Comex mengalami tekanan jualan yang kuat semalam, merosot AS$23.50 untuk ditutup rendah kepada AS$1,947.70 dan melepasi di bawah paras sokongan AS$1,950.
"Komoditi itu mula diniagakan pada AS$1,970.70 dan selepas naik kepada paras tertinggi pada AS$1,971.80, ia susut sepanjang sesi tersebut, mencecah paras terendah AS$1,940.80 sebelum ditutup dalam julat negatif.
"Harga rendah terkini mengesahkan bahawa penurunan berada dalam kawalan,” katanya.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2023 merosot kepada AS$1,937.30 setiap troy auns daripada AS$1,956.20 setiap troy auns semalam.
Kontrak bagi Julai 2023, Ogos 2023, September 2023 dan Oktober 2023, masing-masing ditutup kepada US$1,946.0 setiap troy auns.
Jumlah dagangan meningkat kepada 35 lot daripada 17 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada 90 kontrak daripada 68 kontrak.
Harga emas fizikal berada pada AS$1,930.45 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 20 Jun. - Bernama
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment