NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MUDA diminta pertimbang semula keputusan bertanding solo



IPOH: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) diharap mempertimbangkan semula keputusannya untuk bergerak secara sendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, tidak lama lagi.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, berkata keputusan itu bagaimanapun seharusnya dihormati oleh semua pimpinan dalam Pakatan Harapan (PH).

Beliau berharap Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abd Rahman mempertimbangkan semula keputusan itu dengan mengambil kira MUDA juga sebahagian daripada parti yang mendokong Kerajaan Perpaduan.

"Keputusan MUDA perlu dihormati semua pimpinan namun saya harap Presiden MUDA akan mempertimbangkan keputusan ini (bertanding solo) kerana ia sebahagian daripada parti yang mendokong Kerajaan Perpaduan (PH-Barisan Nasional (BN).

"Sebab itu minta supaya pertimbangkan semula kerana (parti dalam) Kerajaan Perpaduan akan bertanding dalam PRN," katanya ketika ditemui pemberita dalam program majlis penyerahan 50 lembu korban Parlimen Tambun sempena Aidiladha 2023 di Kompleks MAPIM Baitul Riduan, Manjoi, di sini, hari ini.

Hadir sama Naib Pengerusi PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.

Semalam, Syed Saddiq dilaporkan mengumumkan partinya akan bertanding pada PRN yang sekali gus bermaksud MUDA akan bertembung PH dan BN.

Sebagai rekod, sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) November lalu, MUDA beberapa kali memohon menyertai PH tetapi difahamkan sehingga kini PH belum memberi sebarang maklum balas.


Sumber I BH Online




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo