NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muda berhenti tampilkan politik tidak matang - Setiausaha Akhbar MB Selangor

Setiausaha akhbar Amirudin Shari berkata, ketua PH Selangor hanya berkata rundingan dengan Muda akan ditentukan oleh PH dengan fahaman bahawa PH dan Muda adalah rakan sekerja susulan kerjasama dalam PRU ke-15.


PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari tidak pernah berkata bahawa Muda akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi PRN di negeri itu, kata seorang pembantu Amirudin.

Setiausaha akhbarnya, Jay Jay Denis berkata apa yang dinyatakan oleh Amirudin adalah pendirian dan komitmen PKR sehingga kini yang menganggap Muda sebagai rakan kerja susulan kerjasama dalam PRU ke-15.

“Apabila ditanya oleh wartawan sama ada Pakatan Harapan akan berunding dengan Muda dalam PRN Selangor yang akan datang, menteri besar menjawab bahawa rundingan dengan Muda akan ditentukan oleh PH dengan fahaman bahawa PH dan Muda adalah rakan sekerja.

“Amirudin juga tidak bercakap bagi pihak Muda. Saya berharap kenyataan ini dapat diperbetulkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau meminta agar Muda berhenti dari menampilkan politik yang tidak matang dan membuat semakan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Kalau nak main politik pun, paling kurang semaklah fakta,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan Muda, Luqman Long, berkata kenyataan dikeluarkan Amirudin yang Muda akan meneruskan kerjasama dengan gabungan itu pada PRN akan datang adalah tidak benar.

Katanya, setakat ini tiada rundingan dibuat bersama PH berhubung kerjasama, jumlah kerusi dan kawasan akan ditandingi pada PRN.

Beliau merujuk hantaran Facebook PKR yang memetik Amirudin sebagai berkata: “Muda akan terus bekerjasama dengan PH dalam PRN”.

Bagaimanapun, hantaran itu kemudiannya dipadamkan.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo