NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MP DAP harap pekebun haram durian di Raub diberi geran tanah

Tangkap layar klip video yang memaparkan beberapa individu melakukan provokasi terhadap anggota operasi tersebut pada July 2021



Seorang Ahli Parlimen DAP berharap pengusaha kebun durian di Raub perlu dipertimbangkan pemberian geran tanah serta kebenaran bercucuk tanam.

MP Raub, Chow Yu Hui berkata pekebun durian ‘Musang King’ adalah mangsa kepada sistem negara dan sumbangan mereka tidak pernah diiktiraf, sepatutnya geran tanah diberikan kepada mereka oleh kerajaan negeri Pahang.

“Pekebun ini merupakan mangsa kepada sistem negara,” katanya pada sesi perbahasan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Dewan Rakyat.

“Walaupun mereka digalakkan untuk jalankan aktiviti pertanian dan usahakan ‘Musang King’ sebagai jenama terkemuka di antarabangsa namun sumbangan mereka tidak pernah diiktiraf.

“Pekebun tidak henti memohon permit atau geran menerusi saluran formal tetapi ditolak atau diabaikan oleh pihak berkuasa negeri.”

Justeru, beliau menyarankan supaya Suhakam meninjau isu itu dari sudut aspek hak asasi manusia demi memperjuangkan keadilan bagi pihak mereka.

Bagaimanapaun, MP Kulim Bandar Baharu Roslan Hashim daripada Perikatan Nasional (PN) mencelah dan menerangkan tindakan bercucuk tanam tanpa kebenaran di tanah kerajaan itu dianggap sebagai satu pencerobohan.

“Saya rasa itu bukan termasuk dalam hak asasi manusia.

“Itu adalah pencerobohan,” kata Roslam yang meminta Chow perbetulkan kenyataan terdahulu.

Bagaimanapun, Chow tidak bersetuju dengan “tanggapan” itu kerana golongan pengusaha durian itu bercucuk tanam sejak berpuluh tahun.

“Yang ini apa yang sebelah sana (pembangkang) anggap tetapi mereka sudah bercucuk tanam beberapa puluh tahun.

“Ini adalah hak asasi mereka untuk dapat kebenaran dan geran,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo