KUALA LUMPUR: Perodua Axia E yang baru diperkenalkan minggu lalu bukanlah model baharu, tetapi model generasi pertama yang dilancarkan pada 2014, kata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) minggu lalu memperkenalkan model baharu Axia E bertransmisi manual dengan harga mampu milik pada RM22,000.
MIROS menyatakan kereta itu bukan model baharu dan telah diuji di bawah protokol lama yang tidak mempunyai peraturan ciri keselamatan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) wajib ketika penilaiannya.
Katanya, ESC dan sistem brek antikunci (ABS) telah diwajibkan dalam model baharu di Malaysia sejak 1 Julai 2018.
Semua kereta baharu yang akan dikeluarkan di pasaran Malaysia katanya, mesti dipasang dengan ESC termasuk varian peringkat permulaan.
"Model Axia generasi kedua baharu 2023 yang diperkenalkan awal tahun ini sebaliknya telah melalui protokol penilaian Asean NCAP terkini yang memerlukan bukan sahaja ESC tetapi juga beberapa teknologi bantuan keselamatan termaju seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), Blind Spot Detection (BSD) dan Lane Keep Assist (LKA) untuk menjaringkan penarafan 4 Bintang dan ke atas.
"Semua kereta yang akan diuji di bawah penilaian ASEAN NCAP mulai 2017 mesti mempunyai kelengkapan ESC untuk mencapai penarafan bintang yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan kepada NST.
PERODUA sebagai maklum balas juga telah mengulangi bahawa varian Axia E 2023 bukanlah model baharu tetapi berdasarkan edisi facelift 2017 bagi model generasi pertama.
Apa yang baharu dengan pengenalan semula itu ialah harganya pada RM22,000.
MIROS kini bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mewajibkan Label Keselamatan bagi kereta penumpang yang dipamerkan di bilik pameran atau mana-mana premis promosi seperti di pusat beli-belah.
Label itu akan terdiri daripada senarai ciri keselamatan yang tersedia dalam kereta yang dipaparkan.
"Satu hasil yang paling ketara jika kereta berkenaan tidak mempunyai ciri keselamatan yang disebutkan ialah ia akan memberikan maklumat mengelirukan kepada pengguna tentang ciri keselamatan yang dipasang di dalam kenderaan itu," katanya.
No comments
Post a Comment