NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menteri mahu bak kut teh dipromosi sebagai makanan warisan

King Sing berkata kini terdapat pelbagai variasi hidangan bak kut teh antaranya ayam, makanan laut dan kambing.


Kementerian Pelancongan Seni dan Buday (MOTAC) mempertimbangkan bak kut teh untuk dimasukkan dalam senarai makanan warisan kebangsaan.

Bak kut teh merupakan hidangan sup tradisi tulang rusuk babi dimasak dengan herba tradisi yang popular dalam kalangan masyarakat Cina.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata tidak menjadi isu untuk menjadikan bak ku teh sebagai makanan warisan kebangsaan kerana ia boleh menonjolkan menu tempatan kepada pengunjung luar.

“Saya akan maklumkan kepada pihak kementerian supaya isu ini dilihat secara serius. Sudah tentu jika bak kut teh babi, kita akan meminta orang bukan Islam mencubanya.

“Sebenarnya kini terdapat pelbagai variasi hidangan bak kut teh antaranya ayam, makanan laut dan kambing. Jika ramuannya halal, kita akan bagi untuk yang halal mencubanya,” katanya selepas merasmikan Bengkel Kelestarian Pembungkusan Makanan Warisan Asean dan pengkomersialan untuk warisan dunia di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, hari ini.

Baru-baru ini, menu bak kut teh menjadi tumpuan di Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse membangkitkan soal usaha MOTAC untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bak kut teh dan laksa diangkat martabat sebagai makanan kebangsaan.

Namun Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mempersoalkan kewajaran bak kut teh diangkat sebagai makanan kebangsaan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Khairul Firdaus Akbar Khan turut bersetuju untuk memasukkan setiap jenis makanan sebagai kategori makanan warisan memerlukan satu prospek makanan yang boleh dimakan oleh semua lapisan rakyat.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo